Info Terkini

Tuan-Tuan & Puan-Puan sekelian,
Salam hormat dari saya Mohd Rizuan Hj Abd Rasip 0176664291 email : rizuanrasip1968@gmail.com

Saturday, July 25, 2009

IPGM-KPM ditutup Seminggu (23.7.2009 - 29.7.2009)

IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka ditutup selama seminggu bermula 23.7.2009 hingga 29.7.2009.

Sekian, harap maklum.

Thursday, May 28, 2009

Sekitar Konvokesyen IPGMKPM 2009 di MITC Ayer Keroh, Melaka pada 28 Mei 2009 ( JILID 1 )


(Bertugas di majlis Konvo sebagai Polis Pengawal VVIP) .

Saya meminta maaf sekiranya gambar anda tidak disiarkan kerana tahap kejelasannya amat rendah ( Kamera Murah). Gambar-gambar yang disiarkan di sini adalah koleksi jilid pertama. Saya akan berusaha untuk mendapatkan koleksi gambar-gambar seterusnya dari jurugambar profesional lain untuk dijadikan " KENANGAN MANIS konvokesyen IPGMKPM 2009 ". Perarakan Besar Konvo disiarkan di blog JAPIM. Sekian - rizuanrasip.




Saturday, May 9, 2009

SURAT PANGGILAN INTERAKSI MEI-JUN 2009 BIL 02


IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
JALAN MAKTAB, 75990 DURIAN DAUN,
MELAKA.
TEL:062824827 (PEJ) / 062822300 (JAPIM)


Ruj.Kami : IPPM.144.4/Klt 2 (42)
Tarikh : 7 Mei 2009

Guru Pelatih,

KDPM KDC SABK Ambilan Nov 2007
KDPM KDC PLPS JAIJ Ambilan Mei 2006 & 2007
KDPM KEMAS Ambilan Mei 2006

Tuan/Puan,

KURSUS DALAM CUTI KDPM SABK AMBILAN NOV 2007, KDPM KDC PLPS JAIJ AMBILAN MEI 2006 & 2007 DAN KDPM KEMAS AMBILAN MEI 2006 UNTUK SESI INTERAKSI MEI-JUN 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka akan melaksanakan Kursus Dalam Cuti bagi guru-guru pelatih tersebut pada 30.5.2009 hingga 12.6.2009.

2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki untuk melapor diri seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 29.5.2009 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang – 6.00 petang
Tempat : Lelaki - Anjung Hikmah / Perempuan – Asrama Blok C

3. Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat tambahan berhubung perkara di atas, sila hubungi En. Mohd Rizuan bin Hj. Abd.Rasip (Tel: 017-6664291) atau melayari blog berikut :
http://www.rizuanrasip.blogspot.com/

Kerjasama tuan/puan untuk hal ini, amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah,

t.t.

(NOOR HAYATEE BINTI MD.NOOR)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Perempuan Melayu,
Durian Daun, Melaka.

s.k.
- Fail Timbul
- Guru Besar
- Penyelia Asrama Anjung Hikmah, IPGM-KPM
- Penyelia Asrama Blok C, IPGM-KPM
( Surat ini tidak memerlukan tandatangan kerana ia cetakan komputer )

SURAT PANGGILAN INTERAKSI MEI-JUN 2009 BIL 01


IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
Jalan Maktab, 75990 Durian Daun,
Melaka.
Tel : 062824827 (Pej) / 062822300 (JAPIM)


Ruj.Kami : IPPM.144.4/12/1 Klt.1(35)
Tarikh : 7 Mei 2009

Guru Pelatih,

KPLI SR LPBS j-QAF AMBILAN JAN 2008 & 2009
KPLI SR KDC SABK Ambilan NOV 2007

Tuan/Puan,

KURSUS DALAM CUTI KPLI SR LPBS j-QAF AMBILAN JAN 2008 & 2009 & KPLI SR KDC SABK Ambilan NOV 2007 UNTUK SESI INTERAKSI MEI-JUN 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka akan melaksanakan Kursus Dalam Cuti bagi guru-guru pelatih tersebut pada 30.5.2009 hingga 12.6.2009.

2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki untuk melapor diri seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 29.5.2009 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang – 6.00 petang

Tempat : Lelaki - Anjung Hikmah / Perempuan – Asrama Blok C

3. Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat tambahan berhubung perkara di atas, sila hubungi Pn. Maimun Binti Aziz (Tel: 0129801804) atau melayari blog berikut : http://www.rizuanrasip.blogspot.com/

Kerjasama tuan/puan untuk hal ini, amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah,

t.t.

(NOOR HAYATEE BINTI MD.NOOR)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Perempuan Melayu,
Durian Daun, Melaka.

s.k.
- Fail Timbul
- Guru Besar
- Penyelia Asrama Anjung Hikmah, IPGM-KPM
- Penyelia Asrama Blok C, IPGM-KPM

(Surat ini tidak memerlukan tandatangan kerana ia cetakan komputer)

Saturday, April 25, 2009

TUTORIAL KPLI SR LPBS j-QAF AMB JAN 2008 & 2009

IPGM Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, 75990 Durian Daun,
Melaka.
Tel : 062824827 (PEJ) 062822300 (JAPIM)


Ruj.Kami : IPPM 144.4/12/1 ( )
Tarikh : 25 April 2009


Guru Besar,

........................................................
........................................................
........................................................

Tuan/Puan,

TUTORIAL KPLI SR LPBS j-QAF AMBILAN JANUARI 2008 DAN 2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tutorial tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30 April 2009 (Khamis)
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Dewan Tun Fatimah, IPGM-KPM.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon dari tuan/puan untuk membenarkan Guru Dalam Latihan (GDL) KPLI SR LPBS j-QAF Amb 2008 & 2009 di sekolah tuan/puan untuk menghadiri tutorial berkenaan.
Kerjasama tuan/puan adalah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"CINTAILAH BAHASA KITA"

Saya yang menjalankan tugas,

t.t.

(NOOR HAYATEE BT MD.NOOR)
Pengarah,
IPGM Kampus Perempuan Melayu,
Melaka.

s.k. :
1. Penyelaras j-QAF Negeri Melaka, Unit Pendidikan Islam, JPM
2. Fail Timbul
3. Fail Penyelaras

Monday, March 16, 2009

Ruj. Kami : IPPM.144.4/10 Klt 2 ( 41 )
Tarikh : 13 Mac 2009

Kepada :

( rujuk lampiran 1 )

Tuan/Puan,

PERLANTIKAN SEBAGAI TENAGA PENGAJAR KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA KDPM SABK AMBILAN NOV 2007 DALAM CUTI SESI MAC 2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dilantik sebagai tenaga pengajar bagi kursus di atas yang akan dilaksanakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 14 – 21 Mac 2009
Tempat : Anjung Ilmu, IPGM-KPM.
Mata Pelajaran : ( rujuk lampiran )

3. Adalah diharapkan tuan / puan dapat melaksanakan tugas ini dengan penuh dedikasi dan iltizam yang tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah,


(NOOR HAYATEE BINTI MD. NOOR)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Perempuan Melayu,
Melaka.

s.k. 1. Fail Timbul

Saturday, March 14, 2009

Sekitar Konvokesyen KPLI IPGM 2009 11-12 Mac 2009 di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya.


TAHNIAH KEPADA GRADUAN IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

(1)- KPLI (SR) AMBILAN JULAI 2007
(2)- KPLI (SR) MODE LPBS AMBILAN MAC 2007
(3)- KPLI KDC SABK AMBILAN NOVEMBER 2006
















Tuesday, March 10, 2009

Gambar Kenangan Bersama Rakan-Rakan KPLI 1.2 MPI Tahun 1990


Gambar tahun 1990
( KPLI 1.2 MPI, Bangi, Selangor )

Saya bersama sahabat-sahabat yang masih kuat dalam ingatan : Tun Salim T'ganu, Mazlan, Ridzuan, Saari, "saya", Awang Sulong, Salleh Jusoh, Zainul Ariffin, Basil (KU) dan mentor : Ustazah Fauziah. Juga para muslimat yang tak dapat dikesan hingga ke tarikh ini...

Salam Hormat dari saya untuk anda semua.

Dari;

MOHD RIZUAN BIN HJ ABD RASIP
No. 2, Jalan DD2B, Taman Desa Duyung 2,
75460 Melaka Bandaraya Bersejarah.
( No. Tel : 0176664291)

Surat panggilan KDC KDPM SABK Ambilan Nov 2007



Ruj. Kami : IPPM.144.4/10 Klt 2 ( 40 )
Tarikh : 10 Mac 2009

Pelajar-Pelajar,

KDPM KDC SABK Ambilan Nov 2007



Tuan / Puan,

KURSUS DALAM CUTI KDPM SABK AMBILAN NOV 2007 UNTUK SESI INTERAKSI MAC 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka akan melaksanakan Kursus Dalam Cuti bagi guru-guru pelatih tersebut pada 14.3.2009 hingga 21.3.2009.

2. Sehubungan dengan itu, saudara / saudari dikehendaki untuk melapor diri seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 13.3.2009 ( Jumaat )
Masa : 8.00 pagi – 4.00 pm
Tempat : Lelaki - Anjung Hikmah
Perempuan - Asrama IPPM

3. Sekiranya saudara/saudari memerlukan maklumat tambahan berhubung perkara di atas. sila hubungi En. Mohd.Rizuan bin Hj. Abd.Rasip (Tel: 017-6664291).
Kerjasama tuan/puan untuk hal ini, amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah,



(NOOR HAYATEE BINTI MD. NOOR)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Perempuan Melayu,
Durian daun, Melaka.

s.k. (1) Fail Timbul
(2) Penyelia Asrama Anjung Hikmah dan IPPM

Monday, March 9, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1430H















Bersama student PISMP dalam Majlis sambutan Maulidru Rasul peringkat Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.

Monday, November 10, 2008

Mesyuarat Penyelarasan KDC

Kepada :

1- Pn. Norliyen Binti Ahmad - SM Sains Muzaffar Shah, Melaka
2- En. Sabri Ali - SMKA Ma'had Muar, Johor
3- En. Tuan Mansor Tuan Mamat - SMK Talib Karim, Alor Gajah, Melaka.


Makluman Mesyuarat KDC bagi tenaga pengajar luar di IPPM

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Mesyuarat penyelarasan tersebut akan diadakan seperti butiran beriku :

Tarikh : 12 November 2008
Hari : Rabu
Masa : 2:30 petang
Tempat : Bilik Seri Kesidang, Anjung Tadbir, IPPM, Melaka.

3. Kehadiran tuan/puan amat dihargai dan didahuli dengan ucapan terima kasih.

4. Sekian, harap maklum.

JAPIM, IPPM, Melaka.

Sunday, November 9, 2008

Salam Perkenalan


Salam perkenalan kepada seluruh pengunjung blog saya. Blog saya ini masih dalam peringkat pembinaan dan akan sentiasa ditambahbaik dari semasa ke semasa. Saya juga berharap kepada semua agar dapat memberi komen membina dan juga dapat bertukar-tukar fikiran berkaitan dengan ilmu dalam pelbagai bidang. sokongan tuan/puan amat dihargai.
Mohd.Rizuan Bin Hj.Abd.Rasip